Friday 20 January 2012

Windu kamoo sayang

Salam


Dah lame dah x update entry kat sini.. kalu nie buku ke hape ke, mgkin dah berhabuk dah nie… mesti kena cari bulu kambing nak sapu nie…ngeh3…
Tajuk entry tu aku tujukan kat orang yang berjaya mengambil hati aku sejak enam tahun daholu kala… (x masuk lagi 6 tahun..but almost) ^^


MOHAMAD FARID BIN ABDULLAH. Seorang yang comel and hensem bagi aku… permulaan berkenalan 6 tahun lalu hanya sekadar gosip tapi akhirnya bertukar status kepada sepasang kekasih…kekasih woo... rase macam x percaya je aku dan dye berjaya mengekalkan hubungan kami selama ini. Dulu dye pernah cakap, “couple nie x kekal lame, kawan lebih kekal and mungkin untuk selamanye.” 


Bukti tu nampak macam salah sebab kami berjaya mengekal kan hubungan untuk 6 tahun. Banyak kenangan  manis dan pahit sepanjang perhubungan kami…. Biasa lah, nama pun adat bercinta.... lagikan lidah boleh tergigit, ini kan pula suami isteri.. but kami bukan suami isteri tau…. Lambat lagi nak sampai title tu... hehehe… status tu akan bertukar andai nya jodoh kami sampai…. insyaAllah… semoga hubungan kami akan berkekalan hingga akhir hayat dengan ikatan sebuah perkahwinan yang suci lagi murni... macam iklan minyak masak laa pulak... Farid  seorang yang sangat penyabar dengan kerenah aku. Walaupun kadang2 kesabaran nya jugak tergugat, tapi dye x pernah tunjuk.. just ingnore je dengan ape yang aku buat. Aku tau yang dye bukan seorang yang sangat penyabar dengan adik2 or orang lain. Tapi aku suka buat dye marah..hobi aku kot buat dye marah…hehe.. tapi saya sayang awak sangat2 tau...


Sometime, aku suka buat apa yang Farid x suka, ntah lah….Aku pun x faham dengan perangai aku nie, tapi dye ok je…cool je…. Sebab tu aku sayang giler galak dekat dye… sayang  dye sangat2…. And kalau aku kehilangan dye, memang aku menyesal seumur hidup… yelah, mana nak dapat orang macam Farid sekarang. Kalau boleh aku nak pertahan kan hubungan kami nie dengan sedaya upaya aku.. hehe…* jiwang lak aku nie.... Orang kata jodoh nie kena usaha jugak... xkan bergolek.. aku ku cuba... insyaAllah... Allah akan makbulkan segala permintaan kita kalau kita bersungguh2 dan x abai kerja kita dengan-Nya..


Ape lagi ekk… haa… he also pendengar aku yang sangat setia, sentiasa bagi aku sokongan kalau aku dalam kesedihan dan kesusahan, sentiase buat aku ketawa, and sometime buat aku menangis… *time gadoh2 jelah… huhuhu… macam2 rasa ada.. Sepanjang bersama dye, banyak yang aku belajar, terutama nye mengenai kesabaran, kesetian, kejujuran dan jugak sentiasa bertolak ansur… be his heart, buat aku rase satu tanggungjawab yang selama nie aku x pernah rasa. Kadang aku masak untuk dye... saja untuk ambik hati beliau.... barangkali tebus kesalahan jugak... and his most like about my masakan is puding laici... aku rasa biasa je, saja nak ambik hati le tuu... hehe


Little About Mohamad Farid Abdullah
- MOHAMAD FARID ABDULLAH
- HIS HEART TAKEN BY ZURAINI ASILAH HASSIM
- 21 YEARS OLD ALREADY
- SUKA SANGAT MAIN FUTSAL AND BOLA
- TEACHER TO BE AT IPGM PERLIS (major in PJ) ------>  . (nanti anak2 aku kuat bersukan ler..)
- SUKA RIDE HIS BIKE, NINJA KAWASAKI
- BORN WITH VERY CUTE DATE, 14.04.






dear Farid, i hope kita sama2 jaga hubungan nie sampai ke jinjang pelamin. May Allah Bless Us sayang... 
 with love, Zuraini Asilah Hassim..


Kamsahamida <3<3

 

Wednesday 18 January 2012

Akhir nya...

Salam..



Malam masih muda... muda pulak macam aku nie haa.. perahsantan betol aku malam2 nie...
hahaha


                                 aku ke nie??? ------->


Malam yang penuh dengan kebisingan dengan cerita- cerita korea, kartun bagai nie, akhirnya aku brjaya menyiapkan satu assignment. Pertama kali kot aku siap kan sebelum due hantar… perghh.. bagus betoi aku nie… tapi aku bukan buat sorang2 la.. aku buat dengan group aku… group nie terdiri dari 3 orang gadis yang cantik lagi jelitawan yang bukan rozita che wan….




ini bukan rozita che wan yea...

Nur amirah





Ainur Sakinah



Actually benda alah nie kene hantar hari jumaat nie before balik kampong… yiiipee..nk balik doh wei… tapi nak buat macamne la kan…kitorang nie terlebih rajin sampai berjaya menyiapkan malam nie jugak… praise to Allah kerana memudahkan segala urusan hambaMu ini… so bile dah siap nie, boleh lah kitorang hantar esok..so x lah kelam kabut macam rebut ribut nak hantar nanti… kalau nasib lebih baik, mgkin dapat markah bonus…hohoholiau… (^.^)


Jumaat nanti test lagi.. adoiyai… malam esok aje lah study nye..stusy awal2 nanti kang, nyanyok pulak aku nie.. bukan boleh buat kire sangat aku nie….


Berita lebih baik dan padat lagi terkini, setelah penat beratur panjang…. Aku dan minah cantik lagi gebu2 nie berjaya merebut baucer buku 1 Malaysia hari nie!!...rm200 beb! wah.. kalau lah tu sume duit tu, dah lame habis aku kerja kan.. tapi nak buat macam mane, kene beli alat tulis dan buku je… sob2… *hoi..nasib baik dapat…trajang kan…


Balik nanti aku nk g soping keeping lah baucer tu… kalau ade rezeki, boleh ajak cik farid g soping skali…muahahaha…. Ala… sambil menyelam cari ikan la woi…boleh buat anak ikan dengan incik farid...

 Bile dah siap kan kerja nie… mata mula lah mantok… bile dah mantok tu, rase sayu2 terdengar katil panggil name aku.. so aku kene lah tidoo...


Ok lah.. papai.. nite…


Kamsahamidaaaa……. (^_^)


Sunday 15 January 2012

hidup X selalu INDAH

salam....






bola itu bulat.
semua sisi merasa indahnya langit, sejuknya tanah, malah  bisanya kanan dan kiri.


macam itulah kehidupan kita,
xselamanya kita berada di atas,
dan xselalunya kita akan berada di bawah.
rencah dan pola kehidupan manusia, 
memang ada pasang surutnya.
sekejap dilambung naik mencecah awan biru,
dipuja-puja,
dan sepantas kilat pula berada di kedalaman yang paling dasar.
hina.
semuanya mungkin.


kita sahaja yang sering terbawa-bawa dengan nikmatnya dunia.
bila yang sukar datang menjengah,
barulah nak terngadah, 
mencari alasan dan jawapan yang adakalanya tidak bernoktah.


insaf seketika.
beringat seketika.
esok lusa...?
ah,
laksana tape di radio yang di tekan replay sentiasa.
berulang tanpa salah!


yang dipuncak,, 
angkuh.
mendabik dada menjulang nama,
sejenak terleka,
bila mana tiba di bawah, 
sengketa menjelma.
memandang enteng amanah, 
tanpa rasa apa,
mengkhiyanati.
bongkak.
kufur dengan Nikmatnya.
*nauzubillah*



yang dibawah, 
mencerun mata, 
namun sekadar pandangan lemah tiada tenaga.
apalah kiranya kerana di bawah tidak punya apa.
sekadar melukut di tepi gantang saja layaknya.
membiar kemaksiatan, 
merela kezaliman.
*astaghfirullah*



bilakah mahu berakhir..?
lupakah kita pada pandanganNya..?
pada timbanganNya..?
pada janjiNya..?
kita pada hakikatnya sama,
serupa.
asalnya tanah,
berasal mani.
baik buruk di tangan kita, neraca sebenar ditanganNYA..




ingatlah duhai sang pencinta,
langit xselalu cerah.
sangkanya panas hingga ke petang rupanya hujan di tangahari.
=,=



credit to:-------<@ Manipulasi Jiwa


kamsahamidaa...


Saturday 14 January 2012

Untukmu Wanita (:

Salam


Entry kali nie aku khas kan untuk insan yang bgelar wanita..
jadikan sebagai panduan untuk mase depan...



1. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


2. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).


3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 


4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.


5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.


6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.


7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!.


8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.


9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.


10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.


11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.


12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.


13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.


14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.


15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.


16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. (':


17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.


18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.



p/s : Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.


Kamsahamidaa.... 6_6


Saturday 7 January 2012

Cinta di hujung kuku

Salam





Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi
Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung  selama sehari..
Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat  itu, saya akan mencintai abang selamanya”. 
Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..
Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.
Air matanya menitis  melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..

Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

kamsamidaa   ^^



Friday 6 January 2012

Rindu @_@


Salam


First entry untuk tahun nie… rase macam belum terlambat untuk aku ucap Selamat Tahun Baru.. hehe.. biar lambat, asal wish kn… *sebok je  nk wish2….



Ada kat Jordan Jengka dalam mase sminggu nie buat aku rindu nk balik je…walhal baru je balik mggu lepas… selame nie x pernah rindukan kampung pun…. Tetibe je kali nie aku terase rindu sangat3 nk balik…. Oh kuala Terengganu terchenta… CNY kali nie mmg aku nk balik..tiket dh dalam gengaman dh nie… nampak sangat x sabau nk balik… kalau lambat habes la tiket..... *dapat lempang laju2 jugak aku nanti..



First aku rindu giler kat mak aku…. X sabar untuk aku balik nk tilik muke dye…. rindu mak sangat2.. :’( waa… nk balik nk balik…Sedap nye kalau dapat makan penggat pisang mak buat….. *yum3.. 
meleleh2 air hujan kat mulut laju2…



                                                                                   sedap nye... slluuurrpp






Untuk tahun baru nie jugak, aku belum jumpa lagi adik bradik aku… miss them so much muah3… rindu terutame nye kat akak aku yg sorg nie.. ZUZILAWATI HASSIM…. Ibu baru nie baru je selamat melahirkan baby boy Muhammad Wafiq Wafri…. Klik zucomey tuk tgok kisah akak aku nie…. Rindu nk jumpe syg… wafiq tunggu cu balik yea syg… miss u…





















                                                                          Muhammad Wafiq Wafri





Dua orang lagi anak sedara aku yg sorang ganas and sorang terlebih ayu nie…







Cu rindu laa kat abang ngan kakak..nanti ajak mama balik umah nenek yea… cu balik nak ajak gi jalan2 naik motor nanti… kalau korang tarik2 rambut gaduh cu ajak baby tecik je… :P


Sedang membilang hari untuk balik... hukhukhuk... Cepat ah mase melayang terbang.. Beta mau pulang nie... mau jugak ketemu sama mr. farid..dh stahun x jumpe beliau (pdhal last jumpe 30/12/11)... nk g dating lah balik nnti... nak g mane yea??? rahsia dulu lah..kalau rajin nanti hapdet kite g dating dengan beliau nie



syg awak sgt2...








Kamsamidaa  ^^