Sunday 15 January 2012

hidup X selalu INDAH

salam....






bola itu bulat.
semua sisi merasa indahnya langit, sejuknya tanah, malah  bisanya kanan dan kiri.


macam itulah kehidupan kita,
xselamanya kita berada di atas,
dan xselalunya kita akan berada di bawah.
rencah dan pola kehidupan manusia, 
memang ada pasang surutnya.
sekejap dilambung naik mencecah awan biru,
dipuja-puja,
dan sepantas kilat pula berada di kedalaman yang paling dasar.
hina.
semuanya mungkin.


kita sahaja yang sering terbawa-bawa dengan nikmatnya dunia.
bila yang sukar datang menjengah,
barulah nak terngadah, 
mencari alasan dan jawapan yang adakalanya tidak bernoktah.


insaf seketika.
beringat seketika.
esok lusa...?
ah,
laksana tape di radio yang di tekan replay sentiasa.
berulang tanpa salah!


yang dipuncak,, 
angkuh.
mendabik dada menjulang nama,
sejenak terleka,
bila mana tiba di bawah, 
sengketa menjelma.
memandang enteng amanah, 
tanpa rasa apa,
mengkhiyanati.
bongkak.
kufur dengan Nikmatnya.
*nauzubillah*



yang dibawah, 
mencerun mata, 
namun sekadar pandangan lemah tiada tenaga.
apalah kiranya kerana di bawah tidak punya apa.
sekadar melukut di tepi gantang saja layaknya.
membiar kemaksiatan, 
merela kezaliman.
*astaghfirullah*



bilakah mahu berakhir..?
lupakah kita pada pandanganNya..?
pada timbanganNya..?
pada janjiNya..?
kita pada hakikatnya sama,
serupa.
asalnya tanah,
berasal mani.
baik buruk di tangan kita, neraca sebenar ditanganNYA..




ingatlah duhai sang pencinta,
langit xselalu cerah.
sangkanya panas hingga ke petang rupanya hujan di tangahari.
=,=



credit to:-------<@ Manipulasi Jiwa


kamsahamidaa...


No comments:

Post a Comment

hello sweet manis
tinggal lah komen sikit..
kenangan.. ^^