Wednesday 15 February 2012

Dinner bahagian 1

salam


Fuhhhh!!..... hari nie penat giler- giler… rasa nak tercabut semua anggota badan aku nie... Bila dah penat ginie gaya, ape lagi, tidur aje laa kerja nya..... malam tadi aku punya persatuan adakan satu majlis makan malam.... Majlis Makan Malam Persatuan Diploma Sains (PERDIPSA).... ayat fofular dinner laa.. bagi persatuan aku nie, pelajar sem 4 yang akan arrange dinner nie...


Nie kira memang dah adat sejak zaman berzaman lagi cuma sem lepas, sem 3 yang arrange..... geng- geng aku jugak sebab pelajar sem 5 sekarang nie terlalu sikit..... ok mungkin ada yang pening dengan penjelasan aku nie..... xpe xpe, penadol ada tuk lega kan kesakitan anda... hihihi....


permulaan mencari dana yang sangat senang... kelas aku dan 2 lagi kelas bersama berganding bahu jual kerepek... kerepek- kerepek… pergi bilik orang, cakap nak beli kerepek x….. kalau kena yang baik hati dorang beli lah jugak at least 1.... kalau kena yang x sempat pergi kelas moral tu, memang rasa nak lempang pun ade..... cakap lah baik- baik kalau xnak beli kerepek aku.... huhuhu.. bukan marah pun kalau x beli kerepek tu... ^_^


hasil dagangan tu dapat laa sikit untung bagi top up duit untuk dinner tu.. at least exco nanti x payah keluarkan banyak duit untuk uruskan dinner nie.... hampir 2 bulan jugak aku dan kawan- kawan seangkatan tentera nie buat kerja murni nie... murni laa sebab bagi orang makan walaupun hanya sekadar kerepek…huahahaha…


untung nya banyak jugak… tu pun kalau panda packing laa… kalau packing entah ape- ape je, untung nye kureng laa sikit... well nak berjaya nie kena pandai uruskan sesuatu, bukan hanya utung saja yang ambil kira.... kejujuran jugak perlu tau...


3-5 jenis kerepek team aku jual.. banyak jugak lah…. Mostly kerepek ubi… coz kat jengka nie kan banyak felda, so senang sikit untuk kitorang cari barang- barang.... biasa nya kitorang cari dekat jengka11 je... dekat sikit and ade kawn yang kenal dengan owner dye… tapi x dapat murah pun… sebek je rasa... kuikuikui...

Rasa macam dah panjang je entry nie, stop dulu lah.... Nanti tahun depan laa aku hapdet lagi sal dinner nie.... boleh aku cari gambar- gambar jap…

Hehe…

Kamsahamidaa.. ^_*



Saturday 11 February 2012

Proud to be 20's


Salam..


Bersyukur pada Allah kerana masih memberi kesempatan untuk aku terus menghirup nafas di muka bumi ini.... hari nie genap  umur aku 20 tahun…. 3 fasa nombor telah berubah dalam hidup aku.. dari sa tahun ke belasan tahun, dari belasan tahun ke puluhan tahun… wah, dah matang rupa nya umur aku... J  so kena jadi matang laa aku lepas nie... at the same time, umur aku dah sama dengan farid.. hohoho...dh doplos tahun dh kite.... hahaaha..


Tiada azam yang aku tanam menjelang umur baru nie just aku harap :
·        hidup aku terus diberkati oleh Allah,
·        mendapat kesihatan yang baik,
·        segala urusan dunia dan akhirat berjalan baik atas izin Allah,
·        di panjangkan umur, di murahkan rezeki aku dan keluarga,
·        hidup di umur ini lebih baik berbanding sebelum ini
 AMIN...

pada kawan- kawan yang wish tu, terima kasih kerana masih ingat tarikh lahir aku... *terharu...


walau terkilan sikit sebab si dia lambat wish, (x mintak pun tapi, dalam-dalam x mintak tu, terasa hati..hehe) tapi thanks sayang sebab still ingat besday saya... meceh sangat- sangat... sayang awak gila-gila lah...


                                            *dari google :)


setakat nie saja tuk today...


kamsahamidaa..   ^_____^


Sunday 5 February 2012

saya akan tunggu awak...

salam..





"Awak, awak sanggup tunggu saya tak?" Mukanya kelihatan merah menahan perasaan.
"Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?" Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat.

"Awak janji dengan saya ye? Boleh?"
"Saya berjanji insyaAllah....Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya"

"Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya. Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar. Meskipun saya tidak inginkannya hadir. Tapi saya amat sayangkan awak" Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya.

"........dan saya tak sanggup kehilangan awak. Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru. Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga."

"Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini? Awak tahu...betapa sakitnya hati ini. Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak. Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi. Hipokrit namanya."

Suasana menjadi mendung. Memandang sungai yang mengalir tenang bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu.

"Awak......" Aku berkata perlahan.

"Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi? Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab. Dan terbukti awak masih belum bersedia."

"Saya juga begitu. Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak. Hati saya masih tertutup kemas." Aku mula berterus terang dengannya sambil mencari-cari anak matanya. Takut takut setiap bait kata yang dilafazkan mengguris hatinya.

"Awak, terimalah hakikat. Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak. Awak memang penting dalam hidup saya. Awak melengkapkan kehidupan saya. Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan."

"Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak. Tapi saya belum boleh cintakan awak. Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam. Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi. Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang harus menjadi bayang-bayang."

"Ya, saya sanggup tunggu awak. Kerana masihnya belum tiba. Saya boleh bersabar dan akan terus begini. Bersabar dan bersabar. Itu sahaja yang boleh saya buat. Rasulullah SAW pun ada bersabda “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud). Awak tidak perlu risau dengan saya. Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting di antara penting untuk dipentingkan."

"Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar. Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak. Saya tahu awak belum boleh terima saya. Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan. Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya satu hari nanti."

"Saya tahu saya tak boleh paksa awak bila hati awak tertutup untuk saya. Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak. Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila. Saya amat perlukan awak"

"InsyaAllah...untuk kesekian kalinya terima kasih awak. Saya pun sanggup tunggu awak"


****************

Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai. Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya dengan cara yang halal. Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus.

Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil.

Kamsahamidaa....